Sepintas Lalu:
PRUmy child memberikan anda :
- PERLINDUNGAN LENGKAP untuk setiap peringkat hidup anak anda… SEBELUM LAHIR LAGI
- PENINGKATAN pada pelan anak anda dengan pelbagai perlindungan BARU & DIPERLUAS*
- PERLINDUNGAN TAMBAHAN untuk IBU BAPA*
- Menyemai benih ke arah DANA PENDIDIKAN YANG TERJAMIN untuk anak anda
Sebagai ibu bapa, anda tahu anak anda berhak mendapat yang terbaik. Anda mahu memberikan anak anda kelebihan awal dalam hidup dengan memberikan mereka perlindungan terbaik dan menjamin masa depan pendidikan mereka. Namun memang sukar untuk mencari keseimbangan antara perlindungan dan pendidikan ini, terutamanya memandangkan hidup ini yang sukar diduga dan kos pendidikan tinggi yang semakin meningkat. Prudential kini menawarkan PRUmy child, pelan pertama seumpamanya yang menawarkan perlindungan dalam tempoh penting kehamilan dan semasa bayi, berbanding dengan kebanyakan pelan konvensional yang tidak menyediakan sebarang perlindungan untuk anak semasa peringkat awal bayi. Selain itu, keabnormalan kongenital mungkin tidak dilindungi di bawah pelan juvenil yang biasa. Dengan PRUmy child, ibu bapa kini boleh yakin bahawa bayi mereka akan dilindungi sepenuhnya dari sebelum lahir lagi!
Jadi, bagaimana anda melindungi masa depan pendidikan anak anda? Dengan PRUmy child, anda boleh menguruskan DAN menjamin** dana pendidikan anak anda dengan PRUedusaver dilampirkan pada pelan anda. Anda juga berpotensi meraih pulangan yang lebih tinggi dalam jangka panjang dengan melabur dalam mana-mana dana PRUlink, dan / atau PRUlink education atau PRUlink global. Tiada pelan lain yang menyeimbangkan perlindungan dan pendidikan dengan lebih komprehensif selain daripada pelan PRUmy child - pelan inovatif yang menggabungkan pelaburan, perlindungan dan ciri-ciri yang fleksibel.
***Ambillah masa untuk memfokus kepada apa yang benar-benar penting - anak anda.
PRUmy child adalah pelan insurans berkaitan pelaburan premium tetap yang bertujuan untuk memenuhi keperluan perlindungan anda dan anak anda, lantas membolehkan anda merancang dahulu untuk masa depan mereka… hari ini.
Siapa yang boleh mengambil pelan PRUmy child plan?
Anda boleh mengambil pelan ini untuk bayi anda yang belum lahir seawal usia kandungan 18 minggu*, atau untuk anak anda yang berumur di antara 1 - 18 tahun pada hari lahirnya yang berikut. Ibu bapa, yang mestilah berumur di antara 18 - 60 tahun, memiliki polisi ini dan boleh mengubahsuai polisi ini sebagaimana yang mereka rasa sesuai bagi manfaat anak.
**Jika anda tidak ingin menikmati Manfaat Penjagaan Anak / Manfaat Penjagaan Kehamilan, anda diberi
pilihan untuk membeli PRUmy child selepas kelahiran anak anda.
Bagaimana saya boleh membuat pembayaran premium?
Premium boleh dibayar setiap tahun, setiap setengah tahun, setiap suku tahun atau setiap bulan melalui Auto Debit, Kad Kredit, Tunai atau Cek.
Berapa lama saya perlu membayar premium?
Premium perlu dibayar sepanjang tempoh polisi sehingga tamat tempoh polisi. Apabila tamat tempoh mana-mana manfaat opsyenal atau tambahan, premium akan berkurangan sewajarnya*.
* Apabila tamat tempoh PRUsaver kid atau berakhirnya tempoh pengumpulan PRUedusaver, premium akan
diteruskan dan diperuntukkan sebagai premium PRUsaver. Anda juga boleh memaklumkan kepada Syarikat
jika anda mengambil keputusan untuk berhenti membayar premium bagi PRUsaver.
Bagaimana saya hendak mula membina dana pendidikan anak saya?
Anda boleh melampirkan PRUsaver kid ataupun PRUedusaver di mana premium akan dilaburkan dalam siri dana PRUlink dan / atau PRUlink education atau PRUlink global kami. Selain itu, anda juga boleh membuat pelaburan sekali sahaja melalui Tokokan ke atas PRUsaver kid atau Tokokan Pendidikan ke atas PRUedusaver. Kadar peruntukan bagi Tokokan dan Tokokan Pendidikan ialah 95%.
Nota: Jika anda melampirkan PRUedusaver, Tambah Nilai Pendidikan mesti dibayar sekurang-kurangnya 5
tahun (60 bulan) sebelum Tempoh Pembayaran dan semua bayaran premium mestilah terkini. Amaun minimum bagi tambah nilai ialah RM1,000. Tiada amaun maksimum.
Adakah PRUmy child layak mendapat pelepasan cukai?
Amaun pelepasan cukai akan bergantung pada jumlah pendapatan kena cukai anda
dan tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Untuk bantuan peribadi sila hubungi 012-3218966, emel kami di zulkarnain.zainal@gmail.com